Free CSS Navigation Menu Designs 2 at exploding-boy.com

Tab Menu 5

Saturday, 11 August 2012

Kursus Ukur Bahan

Objektif
a)  Melatih dan mengeluarkan Jurukur Bahan dan Pembantu Teknik Ukur bahan yang cekap dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan Penciptanya.

b)  Menyediakan pendidik yang bersesuaian mengikut perkembangan dan keperluan semasa di dalam industri binaan

Pengendalian Kursus
a) Kuliah
    Kompenan utama pengendalian kursus merupakan kuliah yang dikendalikan selama satu atau dua jam bagi setiap mata pelajaran. Semasa kuliah pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan terkini mengenai sesuatu bidang pengajian.

b) Tutorial/Seminar
    Tutorial/seminar disediakan bagi mata pelajaran tertentu yang memerlukan latihan pengiraan dan soal jawab. Pelajar akan dibimbing supaya berupaya menyelesaikan sebarang permasalahan yang berkait dengan bidang pengajian. Seminar juga akan dianjurkan bagi melatih pelajar bercakap dan menyampaikan pendapat di khalayak ramai.

c) Studio
    Bagi mata pelajaran Ukur Binaan, latihan-latihan praktikal yang menjurus kepada alam pekerjaan sebenar disediakan. Latihan tersebut diadakan di dalam studio di mana kerja-kerja mengukur kuantiti bahan binaan dari lukisan Arkitek dan Jurutera dilakukan. Masa studio adalah enam jam/minggu.

d) Latihan Industri
    Bagi kursus Integrasi Ukur Bahan, pelajar tidak dimestikan membuat latihan industri. Walaubagaimanapun, inisiatif pelajar untuk mendapatkan sendiri latihan di mana-mana firma atau Jabatan Kerajaan semasa cuti adalah sangat digalakan.

e) Lawatan Akedemik
    Di samping tempoh pengajian di dalam kursus Ukur Bahan, pelajar akan didedahkan kepada industri melalui lawatan-lawatan akedemik ke pelbagai firma, agensi dan syarikat yang berkaitan dengan industri binaan.


Bidang Pengajian
Pada keseluruhannya kursus Ukur Bahan di Universiti Teknologi Malaysia ini terbahagi kepada sembilan bidang pengajian seperti berikut:-

a) Teknologi Binaan
    Pengajian Teknologi Binaan terdiri daripada lima mata pelajaran yang meliputi ilmu Binaan Bangunan, Rekabentuk Struktur, Bahan Binaan, Spesifikasi Binaan dan Ukur Tanah. Matlamat pengajian ini ialah untuk membolehkan setiap pelajar memahami fungsi, kompenan, kaedah dan teknologi terkini binaan.

b) Kemudahan Bangunan
    Bidang pengajian ini mengkaji akan kemudahan-kemudahan yang digunakan bagi pelbagai jenis bangunan seperti sistem automasi bangunan, lif, tangga bergerak, sistem panyaman udara, pemadam kebakaran, bekalan air dan lain-lain lagi. Matlamatnya adalah supaya pelajar dapat memahami fungsi, kompenan dan teknologi terkini bangunan.

c) Ukur Binan
    Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran teras kepada Ukur Bahan. Ianya mengkaji dan melatih pelajar mengenai kaedah pengukuran kuantiti bahan dan buruhyang terdapat bagi setiap elemen binaan. Kaedah pengukuran yang digunakan adalah berdasarkan kaedah Pengukuran Setara Pertubuhan Jurukur Malaysia.

d) Anggaran
    Mata pelajaran ini memberi penekanan kepada analisa harga bahan, buruh, jentera dan peralatan yang terlibat di dalam setiap kerja binaan.

e) Ekonomi dan Perancangan Harga Binaan
    Mata pelajaran ini mengkaji aspek-aspek perancangan kos dan harga sesebuah bangunan seperti penyediaan anggaran belanjawan, pengawalan kos binaan dan sebagainya.

f) Amalan Ikhtisas
    Pengajian ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan amalan yang harus dilakuakn oleh seseorang  Jurukur Bahan semasa bekerja. Antara isi kandungan bidang ini ialah mengenali dan memahami peranan setiap ahli kumpulan binaan seperti Jurukur Bahan, Arkitek, Jurutera, Pembekal, Kontraktor dan lain-lain ahli yang bersangkutan dengan kerja-kerja binaan.

g) Pengajian Undang-undang
    Bidang ini mempunyai lima mata pelajaran yang bersangkutan dengan hal undang-undang bermula dengan Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak Binaan.

h) Lain-lain Mata pelajaran
    Lain-lain mata pelajaran yang bersangkutan adalah Komputer, Metamatik, Statistik dan Pendidikan Umum Universiti.

Pengiktirafan Kursus
Kursus Ukur Bahan di Universiti ini merupakan kursus terulung di dalam bidang Ukur Bahan di negara ini. Sehubungan dengan itu, kursus ini diberikan pengiktirafan penuh di Lembaga Jurukur bahan Malaysia dan Pertubuhan Jurukur Bahan Malaysia.  Kedua-dua pengiktirafan ini membolehkan graduan memohon secara terus bagi memperolehi pendaftaran sebagai Jurukur Bahan Profesional. Sehingga ke hari ini, Jurukur Bahan-Jurukur Bahan yang menamatkan pengajian dari universiti ini telah berjaya menduduki tempat yang utama di kalangan ahli profesional Ukur Bahan dan Industri Binaan. Di samping pengiktirafan dalam negeri, kursus Ukur Bahan di Universiti ini juga diberikan pengiktirafan antarabangsa.  Pengiktirafan ini membolehkan graduan dari kursus ini melanjutkan pelajaran mereka ke universiti-universiti di luar negara terutamanya di UK, Australia, Amerika Syarikat, dan beberapa negara lain yang menawarkan kursus yang serupa. 

No comments:

Post a Comment