Free CSS Navigation Menu Designs 2 at exploding-boy.com

Tab Menu 5

Saturday, 11 August 2012

Peranan Juruukur Bahan

Peranan Juruukur Bahan : -Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan (budget) yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dengan sesuatu projek dari awal hinggalah ke peringkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki.Oleh itu tanggungjawab asas pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:


1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah kompleks membeli belah di Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan kepada pihak majikan.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan. Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahanhendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja yang banyak.Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil oleh pihak kontraktor adalah dari syarikat yang dibenarkan oleh pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juga perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah meliputi jangka waktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance Co (1925AC619) dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah atas namanya dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada syarikatnya.

6. Penilaian kerja.

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran tentang kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada bulan yang terbabit. Juruukur Bahan juga adalah dengan ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Ini seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

Sejarah Ukur Bahan di Malaysia

Sedikit Tentang Sejarah Ukur Bahan di Malaysia
Ditubuhkan di kawasan ini ialah firma perunding ukur bahan Waters and Watsons iaitu pada tahun Profesion ukur bahan telah wujud di Malaysia pada awal tahun 1930. Firma ukur bahan pertama 1934.

Setelah perang dunia ke-2, barulah profesion ukur bahan berkembang di Malaysia. Kerajaan yang ada waktu itu menubuhkan Bahagian Ukur Bahan dalam Jabatan Kerja Raya tetapi tugas-tugas Juruukur Bahan adalah terhad. Juruukur Bahan pada masa itu adalah di bawah Jabatan Arkitek dan bertugas sebagai Pegawai Kontrak. Juruukur Bahan pada masa itu bertindak sebagai Pegawai Kontrak untuk memanggil tender dalam bentuk harga pukal (lump sum), menguruskan kontrak dan menyediakan akaun muktamad sesuatu projek.
Pada tahun 1952, barulah ukur bahan mempunyai cawangannya sendiri di Jabatan Kerja Raya. Tidak ada sistem pembelajaran yang spesifik sehinggalah pada tahun 1953. Pada masa itu, pelatih jurutenik ukur bahan terpaksa belajar dari Juruukur Bahan asing, kebanyakan warganegara British, yang ada di Jabatan Kerja Raya dan melalui pengalaman mereka bekerja.
Pada tahun 1953, Maktab Teknik (di tukarkan menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada 1972) telah ditubuhkan dan kursus Diploma Ukur Bahan adalah merupakan salah satu kursus yang diadakan khas untuk menyediakan Pembantu Teknik Ukur Bahan untuk berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya. Pensyarah yang mengajar adalah pensyarah sambilan. Skop kursusnya adalah hampir sama dengan kursus Senibina dan kursus Kejuruteraan Awam iaitu dari segi matapelajaran Pembinaan Bangunan.
Penuntut–penuntut yang mendapat Diploma Ukur Bahan akan dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebahagiannya pula dihantar bekerja di Jabatan Kerja Raya.
Selepas perang dunia ke-2, firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di Malaysia ialah pada tahun 1958 iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh dan seterusnya ialah Bridge Water and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur bahan Suckling and Mcdonald telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur Bahan K.A Suckling dan J.H Mc Donald.
Pada tahun 1965, seorang Juruukur Bahan Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang seorang Datuk) merupakan seorang Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd Isahak menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia.
Seterusnya, aktiviti pembinaan berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur bahan juga berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma perunding ukur bahan adalah di tahap yang baik. Kalau dulu hanya di bandar besar sahaja yang terdapat pejabat perunding ukur bahan tetapi kini berkembang ke mana-mana.

Kursus Ukur Bahan

Objektif
a)  Melatih dan mengeluarkan Jurukur Bahan dan Pembantu Teknik Ukur bahan yang cekap dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan Penciptanya.

b)  Menyediakan pendidik yang bersesuaian mengikut perkembangan dan keperluan semasa di dalam industri binaan

Pengendalian Kursus
a) Kuliah
    Kompenan utama pengendalian kursus merupakan kuliah yang dikendalikan selama satu atau dua jam bagi setiap mata pelajaran. Semasa kuliah pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan terkini mengenai sesuatu bidang pengajian.

b) Tutorial/Seminar
    Tutorial/seminar disediakan bagi mata pelajaran tertentu yang memerlukan latihan pengiraan dan soal jawab. Pelajar akan dibimbing supaya berupaya menyelesaikan sebarang permasalahan yang berkait dengan bidang pengajian. Seminar juga akan dianjurkan bagi melatih pelajar bercakap dan menyampaikan pendapat di khalayak ramai.

c) Studio
    Bagi mata pelajaran Ukur Binaan, latihan-latihan praktikal yang menjurus kepada alam pekerjaan sebenar disediakan. Latihan tersebut diadakan di dalam studio di mana kerja-kerja mengukur kuantiti bahan binaan dari lukisan Arkitek dan Jurutera dilakukan. Masa studio adalah enam jam/minggu.

d) Latihan Industri
    Bagi kursus Integrasi Ukur Bahan, pelajar tidak dimestikan membuat latihan industri. Walaubagaimanapun, inisiatif pelajar untuk mendapatkan sendiri latihan di mana-mana firma atau Jabatan Kerajaan semasa cuti adalah sangat digalakan.

e) Lawatan Akedemik
    Di samping tempoh pengajian di dalam kursus Ukur Bahan, pelajar akan didedahkan kepada industri melalui lawatan-lawatan akedemik ke pelbagai firma, agensi dan syarikat yang berkaitan dengan industri binaan.


Bidang Pengajian
Pada keseluruhannya kursus Ukur Bahan di Universiti Teknologi Malaysia ini terbahagi kepada sembilan bidang pengajian seperti berikut:-

a) Teknologi Binaan
    Pengajian Teknologi Binaan terdiri daripada lima mata pelajaran yang meliputi ilmu Binaan Bangunan, Rekabentuk Struktur, Bahan Binaan, Spesifikasi Binaan dan Ukur Tanah. Matlamat pengajian ini ialah untuk membolehkan setiap pelajar memahami fungsi, kompenan, kaedah dan teknologi terkini binaan.

b) Kemudahan Bangunan
    Bidang pengajian ini mengkaji akan kemudahan-kemudahan yang digunakan bagi pelbagai jenis bangunan seperti sistem automasi bangunan, lif, tangga bergerak, sistem panyaman udara, pemadam kebakaran, bekalan air dan lain-lain lagi. Matlamatnya adalah supaya pelajar dapat memahami fungsi, kompenan dan teknologi terkini bangunan.

c) Ukur Binan
    Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran teras kepada Ukur Bahan. Ianya mengkaji dan melatih pelajar mengenai kaedah pengukuran kuantiti bahan dan buruhyang terdapat bagi setiap elemen binaan. Kaedah pengukuran yang digunakan adalah berdasarkan kaedah Pengukuran Setara Pertubuhan Jurukur Malaysia.

d) Anggaran
    Mata pelajaran ini memberi penekanan kepada analisa harga bahan, buruh, jentera dan peralatan yang terlibat di dalam setiap kerja binaan.

e) Ekonomi dan Perancangan Harga Binaan
    Mata pelajaran ini mengkaji aspek-aspek perancangan kos dan harga sesebuah bangunan seperti penyediaan anggaran belanjawan, pengawalan kos binaan dan sebagainya.

f) Amalan Ikhtisas
    Pengajian ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan amalan yang harus dilakuakn oleh seseorang  Jurukur Bahan semasa bekerja. Antara isi kandungan bidang ini ialah mengenali dan memahami peranan setiap ahli kumpulan binaan seperti Jurukur Bahan, Arkitek, Jurutera, Pembekal, Kontraktor dan lain-lain ahli yang bersangkutan dengan kerja-kerja binaan.

g) Pengajian Undang-undang
    Bidang ini mempunyai lima mata pelajaran yang bersangkutan dengan hal undang-undang bermula dengan Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak Binaan.

h) Lain-lain Mata pelajaran
    Lain-lain mata pelajaran yang bersangkutan adalah Komputer, Metamatik, Statistik dan Pendidikan Umum Universiti.

Pengiktirafan Kursus
Kursus Ukur Bahan di Universiti ini merupakan kursus terulung di dalam bidang Ukur Bahan di negara ini. Sehubungan dengan itu, kursus ini diberikan pengiktirafan penuh di Lembaga Jurukur bahan Malaysia dan Pertubuhan Jurukur Bahan Malaysia.  Kedua-dua pengiktirafan ini membolehkan graduan memohon secara terus bagi memperolehi pendaftaran sebagai Jurukur Bahan Profesional. Sehingga ke hari ini, Jurukur Bahan-Jurukur Bahan yang menamatkan pengajian dari universiti ini telah berjaya menduduki tempat yang utama di kalangan ahli profesional Ukur Bahan dan Industri Binaan. Di samping pengiktirafan dalam negeri, kursus Ukur Bahan di Universiti ini juga diberikan pengiktirafan antarabangsa.  Pengiktirafan ini membolehkan graduan dari kursus ini melanjutkan pelajaran mereka ke universiti-universiti di luar negara terutamanya di UK, Australia, Amerika Syarikat, dan beberapa negara lain yang menawarkan kursus yang serupa. 

Monday, 6 August 2012

Psikologi

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah lakupemikiranemosimotivasi,hubungan peribadikeupayaan dan patologi.
Psikologi boleh dikatakan bahawa pelbagai bidang berkait yang duduk di bawah nama yang sama termasuk: